Anuar (dua, kanan) menyarungkan jaket Unisel kepada Roslan selaku simbolik bergelar pelajar universiti ini di sini semalam.   Roslan mengetuai seramai 26 pelajar bersemangat melafazkan ikrar pelajar Unisel.
     

SHAH ALAM, 22 MEI –Pelajar-pelajar baru mendaftar di Universiti Selangor (Unisel) untuk mengikuti program tahun asas pengurusan di Fakulti Perniagaan menyifatkan pemilihan untuk belajar di universiti ini sebagai satu pilihan tepat berikutan prestasi cemerlang selama ini.

Para pelajar seramai 26 orang terdiri daripada enam lelaki dan selebihnya wanita itu sedang menjalani kursus induksi selama tiga hari bermula semalam kelihatan bersemangat melafazkan ikrar pelajar.

Roslan Ramlih, 20, berkata, dia memilih untuk meneruskan pelajaran di Unisel selepas tamat pengajian di kolej matrikulasi kerana universiti ini menawarkan suasana kondusif serta yuran pengajian yang murah berbanding pusat pengajian lain.

Roslan yang berasal dari Kuala Penyu, Sabah, berkata, malah keluarganya juga menyokong keinginannya untuk belajar di Unisel kerana terdapat sepupunya yang sedang mengikuti pengajian di semester lima di Kampus Bestari Jaya.

Dia berazam untuk menamatkan pengajian pada tahun depan dengan keputusan yang cemerlang sebelum berhasrat meneruskan pengajian ijazah di Unisel.

“Saya pilih Unisel kerana namanya yang agak terkenal malah yuran pengajiannya sangat berpatutan dan respon saya terima dari sepupu mengenai universiti ini juga sangat baik.

“Sasaran saya sekarang nak tumpukan pada pelajaran dan dapatkan keputusan cemerlang,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengenalan Pengurusan Kanan Universiti dan Ikrar Pelajar Baru Unisel (Tahun Asas) di Dewan Pro-Canselor di sini semalam.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad.

S Sivanandhini, 18, berkata, dia turut menyifatkan pemilihan untuk menyambung pelajaran di universiti ini disebabkan status Unisel.

Dia juga tidak menolak faktor yuran pengajian yang lebih rendah turut mendorong keputusannya untuk menuntut di sini.

“Keluarga menasihatkan saya untuk belajar di sini dan saya memang minat untuk buat kursus ini dan sasarkan capai keputusan yang membanggakan keluarga nanti,” katanya.

Sivanandhini berkata, dia berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan keputusan yang terbaik buat diri serta keluarganya.

R Sanjeevan, 20, yang berasal dari Kuala Selangor, berkata, berdasarkan prestasi Unisel sebelum ini membuatkan dia tidak sabar untuk masuk ke kelas Isnin depan.

Sanjeevan berkata, ini merupakan pengalaman baru dan peluang buat dirinya untuk mencapai cita-citanya menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang.

“Saya ingin mendapatkan gred paling tinggi dalam semua mata pelajaran dan kemudian baru memikirkan untuk sambung ijazah apa dan di mana.

“Tetapi buat masa ini saya memang tak sabar nak mulakan kelas kerana tempoh pengajian setahun ini juga singkat,” katanya.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online