BESTARI JAYA, 19 MEI  – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Dr Anuar Ahmad menekankan supaya kakitangan universiti untuk mempunyai kepimpinan yang baik bagi melakukan serta menguruskan perubahan di dalam organisasi.

Anuar berkata, kepimpinan yang baik di semua peringkat adalah sangat penting dalam memastikan hasrat tersebut dapat dicapai.

Menurutnya, kesemua organisasi yang berjaya mempunyai pemimpin yang baik di semua peringkat.

Katanya, seseorang individu itu perlu mempunyai idea, nilai-nilai, tenaga yang tinggi dan kekuatan mental untuk menjadi pemimpin baik dalam memastikan apa yang dilakukan dapat mencapai matlamat.

“Sesuatu organisasi itu berjaya dan berkembang maju kerana ia dilengkapi oleh pemimpin-pemimpin bukan sahaja di peringkat atasan tetapi melibatkan segenap lapisan. Kepimpinan semua peringkat adalah satu aspek yang sangat penting tetapi paling kurang difahami.

“Kepimpinan adalah satu proses di mana seseorang individu itu menggunakan pengaruhynya bagi memberi inspirasi , motivasi dan mengarahkan segala aktiviti untuk memastikan objektif tercapai, “ katanya ketika berucap semasa Perhimpunan Bulan Mei di Kampus Bestari Jaya di sini awal pagi ini.

 

Perhimpunan tersebut turut dihadiri oleh Pendaftar, En. Muhamad Sulaiman dan Pengurus Besar Sumber Manusia, En. Mohd Khairi bin Hashim.

Ia turut disertai oleh dekan, ketua pusat, timbalan dekan, pensyarah, timbalan pendaftar dan penolong pendaftar.

Malah perhimpunan bagi kali kedua ini turut disaksikan kakitangan Unisel tidak kira sama ada di Bestari Jaya mahupun Shah Alam kerana ia disiarkan secara langsung menerusi laman web media.unisel.edu.my.

Anuar mengingatkan seluruh warga kerja Unisel untuk melakukan perubahan sekiranya mahu visi dan misi yang ditetapkan Unisel dapat dicapai.

Menurutnya, kepimpinan baik dapat memastikan setiap bahagian berfungsi dengan baik.

Beliau memberi contoh mengenai kemasukan pelajar-pelajar baru pada Sabtu ini, sekiranya ia tidak dirancang dengan baik oleh beberapa bahagian pastinya akan menimbulkan masalah.

“Di sini kita boleh lihat betapa pentingnya mempunyai kepimpinan di setiap peringkat dan berkerja sebagai satu unit yang padu. Sekiranya perkara ini tidak dirancang dan persediaan tidak dibuat maka pertambahan pelajar akan membawa masalah yang besar kepada kita dan juga kepada pelajar-pelajar.

“Ini akan seterusnya mencalarkan imej kita (Unisel) sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Anuar turut merakamkan penghargaan kepada para pensyarah yang menunjukkan teladan baik kepada para pelajar untuk dijadikan sumber inspirasi.

Beliau menyifatkan pensyarah memainkan peranan penting sebagai pembakar semangat kepada pelajar-pelajar untuk belajar dengan lebih tekun serta bersikap lebih bertanggungjawab.

 

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online