SHAH ALAM – Bertempat di UNISEL Kampus Shah Alam, pada jam 2.30 petang telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Fisioterapi & Makmal Klinikal Diagnostik serta Pelancaran Jurnal UNISEL 2014. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Modal Insan. Beliau hadir merasmikan pusat tersebut mewakili YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran YB Dr. Daroyah binti Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Prof Dr Haji Anuar Ahmad, Presiden & Naib Canselor UNISEL serta pengurusan tertinggi universitI. Dianggarkan sejumlah 300 jemputan hadir bagi kedua-dua program yang telah berlangsung sebentar tadi termasuk warga UNISEL.

Perasmian Pusat Fisioterapi & Makmal Klinikal Diagnostik ini merupakan langkah strategik UNISEL ke arah meneruskan kecemerlangan, melalui kemudahan prasarana yang kondusif dengan ditunjangi oleh warga unisel yang komited. Gabungan ini membina satu momentum dan berimpak dalam proses pencapaian objektif penubuhannya dalam perkhidmatan berkaitan sains kesihatan.

Langkah ini adalah bagi memungkinkan UNISEL terus melangkah setapak lagi untuk bersaing dalam korpus ilmu sains kesihatan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini. Pusat ini dibangunkan sejajar dengan gagasan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) bagi mengintegarsikan ilmu yang diperolehi diaplikasikan secara langsung dalam bentuk perkhidmatan yang mampu memberi pulangan yang baik, malah para pelajar dapat menzahirkan kemahiran mereka sebelum berada di alam perkerjaan.

In Sha Allah, dengan perasmian pusat ini UNISEL akan lebih mampu menyahut cabaran melahirkan graduan yang mempunyai daya saing, kebolehan pasaran dan melahirkan insan yang kamil. Diharapkan dengan perkhidmatan yang bakal disediakan oleh Pusat Fisioterapi & Makmal Klinikal Diagnostik ini akan memberi manfaat bukan sahaja untuk warga UNISEL, khasnya malahan memberikan impak positif kepada komuniti sekitar lembah klang, amnya.

Selepas acara Perasmian Pusat Fisioterapi & Makmal Klinikal Diagnostik, YB Dr Hajah Halimah Ali juga telah sudi hadir melancarkan Jurnal UNISEL bertempat di Lecture Theatre 2 pada jam 3.45 petang. Majlis yang telah diadakan secara sederhana menampilkan semua tetamu jemputan yang sama yang hadir semasa Perasmian Pusat Fisioterapi & Makmal Klinikal Diagnostik.

Sebanyak tiga buah jurnal telah diterbitkan dalam format bercetak dan secara atas talian (online) sebagai ejournal telah dilancarkan. Melalui pelancaran tiga buah jurnal dari pelbagai kluster penyelidikan akademik iaitu unisel ‘Journal of Social Sciences & Humanities (UJSSH), UNISEL Journal of Sciences, Engineering and Technology (UJSET) dan International Journal of Contemporary Business Management (IJCBM) ini akan membuka ruang dan peluang kepada warga UNISEL khususnya, serta pensyarah dari institusi pengajian tinggi lain amnya, untuk bersama-sama berkongsi hasil penyelidikan akademik mereka.

Penerbitan ilmiah ini merupakan sumbangan penting institusi pendidikan dan pembelajaran kepada masyarakat penyelidik, kelompok massa dan negara. Institusi
pengajian tinggi dan institusi penyelidik bertanggung jawab menyebarkan dapatan penyelidikan untuk pembangunan ilmu dan pembangunan negara. Kekuatan penerbitan ilmiah merupakan indikator yang mempamerkan impak serta kualiti penyelidikan institusi pengajian tinggi seluruh dunia. Diharapkan strategi perkongsian ilmu ini adalah tepat ke arah ‘memasyarakatkan’ aktiviti akademik.

Jesteru, apa yang diharapkan dalam majlis sebegini adalah untuk terus menyuntik semangat bekerja dengan lebih berfokus dan strategik di kalangan ahli akademik. Malah, melalui penerbitan jurnal ini juga, UNISEL berharap agar ia terus menerus menjadi pendorong kepada ahli akademik yang lain untuk terus merebut peluang yang sedia ada. Semoga dengan platform sebegini, pihak universiti mampu mengiktiraf pencapaian dan usaha murni memartabatkan kecintaan ahli akademik kepada ilmu.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online