SHAH ALAM – UNISEL membuka tirai tahun 2010 dengan bergaya apabila diberi kepercayaan penuh oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang dipertanggungjawabkan oleh Sekretariat Syarahan Anugerah Merdeka bagi menganjurkan program Syarahan Anugerah Merdeka. UNISEL menjadi tuan rumah pertama siri syarahan ini yang akan berlangsung pada 23hb Januari 2010 (Sabtu) mulai jam 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari bertempat di Dewan Kuliah 2, UNISEL Kampus Shah Alam.

Syarahan Anugerah Merdeka ini adalah merupakan acara siri jelajah yang pertama pada tahun ini dan seterusnya akan menjelajah ke beberapa tempat lagi bagi melengkapkan misi siri syarahan sehinggalah tiba detik menyambut hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2010. Bagi merealisasikan objektif tersebut, pihak penganjur sudah mengenalpasti beberapa institusi pengajian tinggi tempatan untuk ditawarkan sebagai tuan rumah bagi siri syarahan ini.

Acara ini akan dihadiri oleh Presiden dan Naib Cansellor UNISEL, Datuk Dr. Rosti Saruwono dan Professor Dr. Halimaton Hamdan penerima anugerah Merdeka Award dalam kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi serta beberapa lagi tokoh akademik dan ilmuan terkenal negara. Objektif utama siri syarahan ini bertujuan memberi ruang serta peluang kepada penerima Anugerah Merdeka untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman berhubung kait dengan bidang pencapaian masing-masing.

Profesor Dr. Halimaton Hamdan akan menyampaikan syarahan bertajuk ”The Road Map of Nanotechnology Initiatives in Malaysia” yang mengupas sejarah pencapaian, hasil kajian sehinggalah bagaimana beliau terpilih menjadi salah seorang penerima anugerah Merdeka Award. Rakyat Selangor yang inginkan mendengar cetusan serta idea daripada beliau dijemput hadir untuk berkongsi maklumat yang boleh dijadikan pemangkin atau pembakar semangat khususnya warga UNISEL dalam memperlengkapkan ilmu pengetahuan.

Anugerah Merdeka Award adalah cetusan gabungan tiga syarikat gergasi petroleum negara iaitu Petronas, Shell dan juga ExxonMobil, diberikan kepada individu yang berkelayakan menerusi sumbangan besar kepada negara melalui pelbagai bidang atau hasil kajian yang dikelaskan dalam lima kategori meliputi kategori Komuniti dan Pendidikan, Sains, Kesihatan dan Teknologi, Kecemerlangan Pencapaian Pendidikan, Persekitaran serta Kecermelangan Sumbangan Kepada Masyarakat di Malaysia.

Pada tahun 2009, Allahyarhamah Tun Fatimah Hashim dan Dato’ Lim Phaik Gan telah dinobatkan penerima anugerah kategori Komuniti dan Pendidikan, Professor Dr. Halimaton Hamdan penerima anugerah kategori Sains, Kesihatan dan Teknologi, Professor Dato’ Ir Zaini Ujang penerima anugerah kategori Kecemerlangan Pencapaian Pendidikan manakala bagi kategori Persekitaran dan Kecermelangan Sumbangan Kepada Masyarakat di Malaysia tidak ada penerima.

Selain itu, dijangka ramai wakil dari Agensi, Jabatan, NGO serta IPTA serta IPTS seluruh negara akan hadir untuk memeriahkan lagi acara ini disamping dapat bertukar-tukar fikiran serta berpeluang mendengar ucapan daripada tokoh yang telah menerima anugerah ini. Bersama-samalah beralih arah kepada budaya ilmu dan senantiasa cuba menjangkau apa yang telah sedia diketahui kepada menjelajahi serta menakluki sesuatu yang belum lagi diketahui bagi mewujudkan kemahiran dan teknologi yang baru dan lebih baik supaya dapat bersaing seiring dengan kepesatan pertumbuhan ekonomi.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online