BESTARI JAYA – Universiti Industri Selangor, UNISEL, melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini iaitu 21hb Sept 2010 hingga 23 Sept 2010 telah menganjurkan PC Fair Unisel 2010. Program ini diadakan bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Dewan Biru, Unisel Kampus Bestari Jaya. Program ini turut dijayakan dengan kerjasama pelbagai syarikat barangan komputer dan telekomunikasi iaitu Avira, Panasonic, Nikon, Hp,Canon, Acer, Celcom dan AMD.

Menurut Pengarah Program PC Fair, Esther bin Family Sabin yang juga merupakan Exco Media dan Informasi MPP UNISEL “pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuklah acara jualan barangan komputer dengan harga yang rendah termasuklah acara lelongan barang. Antara barang yang dilelong adalah LCD cleanser, USB Port hub, mini card reader, keyboard skin,beg laptop Hp, pendrive dan yang paling utama kamera digital Kodak. Kesemua barangan tersebut telah habis dilelong bermula dengan harga RM1 sahaja”.

PC Fair 2010 bertujuan memberi peluang kepada pelajar universiti mendapatkan peralatan dan aksesori komputer serta peralatan teknologi lain pada harga berpatutan. Ini kerana kebiasaannya kebanyakan peralatan komputer dijual lebih mahal di luar, namun dalam karnival itu banyak peniaga menawarkan harga istimewa iaitu pada harga pelajar. Karnival yang terdiri daripada pelbagai gerai ini juga membuka peluang kepada masyarakat luar untuk datang membeli barangan yang dipamerkan di setiap gerai. Ia sekali gus mendekatkan masyarakat luar dengan warga kampus UNISEL.

Selain itu turut diadakan permainan-permainan ringkas di sekeliling dewan bagi menarik perhatian para pengunjung untuk terus menyokong program tersebut. PC Fair Unisel 2010 ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pengunjung.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online