SHAH ALAM – Universiti Industri Selangor (UNISEL) telah diistihar sebagai pemenang bagi kategori "Penyertaan Teramai" sempena Hari Ilmu & Gerakan Membaca Perdana Selangor “Largest Outdoor Reading Event In Malaysia” di Taman Tasik Shah Alam pada 26hb Jun 2010.

Sambutan yang julung kali diadakan ini adalah bersempena bulan ilmu yang secara rasminya disambut pada bulan Jun bermula pada tahun ini bagi merangsang dan mempromosikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Program membaca buku secara serentak selama sejam ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Majlis penyerahan hadiah penyertaan teramai berbentuk trofi dan wang tunai RM 1,000 ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor kepada Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Datuk Dr. Rosti Saruwono. UNISEL telah dipilih sebagai pemenang dengan penyertaan sebanyak 2250 orang termasuk pelajar dan kakitangan daripada jumlah keseluruhan yang hadir iaitu 14,781 orang seperti mana telah direkodkan oleh Malaysian Book Of Records.

Menurut Datuk Dr. Rosti Saruwono, “amalan membaca harus disematkan dijiwa semua pelajar kerana ini lah salah satu caranya untuk mendapat ilmu dan membuka minda”. Selain itu beliau juga menggesa semua pelajar supaya menjadikan budaya membaca ini sebagai salah satu teras utama dalam menjalani kehidupan, termasuklah menguasai bahasa inggeris yang merupakan bahasa antarabangsa untuk berkomunikasi.

Program anjuran Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) ini sebenarnya merupakan pemangkin kepada budaya membaca dalam menimba ilmu yang sememangnya menjadi tradisi serta amalan UNISEL bagi memartabatkan bidang pendidikan di Selangor khususnya di kalangan pelajar. Komitmen penyertaan ini adalah merupakan tanda sokongan padu UNISEL terhadap sebarang bentuk program yang berunsurkan pendidikan di Selangor dalam merealisasikan hasrat murni Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai “Hub Ilmuan”.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online