Meskipun berkerusi roda setiap hari ke kelas, namun itu tidak pernah mematahkan semangat Nur Aswani Mohd Azhar dan Syaufi Noor Shamsuhar untuk menamatkan pengajian mereka di Universiti Selangor (UNISEL). Mereka berdua ditemui di Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke-12 yang berlangsung di Bestari Jaya.

Nur Aswani yang menghidap penyakit Sistemik Lupus Eritematosus (SLE) berkata sakit itu cumalah secara fizikal tetapi dan jangan jadikan itu sebagai alasan untuk putus asa. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa, rakan-rakan serta pihak pengurusan universiti banyak membantu Nur Aswani dalam memastikan dia berjaya menggengam segulung ijazah dalam bidang Sains Perpustakaan.

Bagi Syaufi Noor pula, status Orang Kurang Upaya (OKU) bukanlah satu alasan untuknya tidak berjaya seperti rakan-rakan yang lain. Graduan Diploma Teknologi Industri itu juga merupakan seorang atlet paralimpik yang telah banyak mewakili universiti terutamanya dalam sukan marathon.

"Saya kalau boleh nak buktikan yang saya mampu berjaya seperti kawan-kawan yang lain. Kaki saya terpaksa dipotong setelah mengalami kemalangan beberapa tahun yang lepas akan tetapi saya bangkit dengan semangat baharu. Saya percaya saya mampu untuk menamatkan pengajian saya dan Alhamdulillah pada hari ini saya telah buktikan yang saya mampu melakukannya," ujar Syaufi Noor.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online