Atas keprihatinan YBhg. Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah membuat satu kejutan kepada penerima Anugerah Canselor, Norazly Nordin apabila ibunya diterbangkan khas dari Tawau, Sabah ke Bestari Jaya bagi meraikan hari bersejarah beliau sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) kali ke-12.

Graduan Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) itu pada awalnya cuma menyangka hanya abang beliau sahaja yang hadir namun para hadirin dan tetamu yang hadir turut menitiskan air mata apabila beliau telah ditemukan dengan ibunya pada majlis yang diadakan dengan penuh gemilang itu.

Seramai 2278 orang graduan bergraduat pada Istiadat Konvokesyen UNISEL kali ke-12 yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL kampus Bestari Jaya bermula 4 hingga 6 November 2017. Sidang pertama yang berlangsung pada pagi telah disempurnakan oleh Y.A.D Raja Tan Sri Dato' Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL diiringi oleh Pro Canselor, Y.A.D Dato' Setia Dr. Haji Anuar Haji Masduki dan Y.A.D Tan Sri Dato' Sri Dato' Setia Ismail Adam.

Turut hadir adalah Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang juga merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UNISEL, YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Inovasi dan Teknologi Selangor. Dalam pada itu, UNISEL juga telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Komunikasi kepada Dato' (Dr) Hussamuddin Haji Yaacub yang juga merupakan Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online