BESTARI JAYA – Universiti Industri Selangor, UNISEL menerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menganjurkan program Festival Kelab dan Persatuan 2010. Program yang bermula pada 19hb Julai 2010 hingga 21hb Julai 2010 yang lalu bertempat di Dewan Biru,Unisel Kampus Bestari Jaya ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam, Timbalan Naib Canselor HEP Unisel.

Menurut Pengarah Program iaitu Mohamad Saifful bin Hassan yang juga Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar, “Festival ini adalah merupakan landasan bagi memupuk minat mahasiswa dalam berpersatuan selain memberi alternatif kepada semua kelab & persatuan mempromosikan kelab & persatuan masing-masing”. Sebanyak 30 persatuan telah mengambil bahagian dalam festival ini. Gerai-gerai persatuan dibuka bermula dari jam 10 pagi hingga 11 malam.

Menurut beliau lagi, “antara aktiviti utama yang diadakan ialah pendaftaran ahli baru kelab & persatuan. Tahniah diucapkan kepada Persatuan Nada Bestari kerana mendapat keahlian baru paling ramai. Pujian juga harus diberikan kepada Kelab UMAGS kerana berjaya memenangi gerai paling cantik”.

Festival ini telah ditutup secara rasminya oleh En Zulfikri bin Mohd Kamil, Timbalan Pendaftar HEP, Unisel. Festival ini turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dan demonstrasi seni mempertahankan diri pada sebelah malam. Festival Kelab & Persatuan 2010 ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online