"Saya selesa belajar di Universiti Selangor (UNISEL) kerana komitmen yang diberikan oleh tenaga pengajar adalah sangat tinggi. Tambahan lagi, dari segi pengurusan, kakitangan pentadbiran universiti banyak membantu mempermudahkan urusan pelajar", ujar Puan Junaidah Samudin, guru di salah sebuah sekolah di Tawau dan juga merupakan pelajar UNISEL.

Puan Junaidah Samsudin dan rakannya, juga seorang guru di Tawau, Puan Rosnah Jamba berpendapat UNISEL adalah sebuah institusi yang terbaik. Setelah membuat beberapa perbandingan mengenai bidang yang diambil, tertanya belajar di UNISEL sangat berbaloi. Kedua-dua orang guru tersebut merupakan pemegang Sarjana Pendidikan Pengurusan Disiplin pada 2011 dan sekarang sedang melanjutkan pengajian ke peringat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan di UNISEL.

Mereka ditemui semasa program Sri Bombalai Berselawat - Kasih Allah Tidak Terduga yang telah berlangsung di Masjid Baburrahmah, Kg. Sri Bombalai Tawau, Sabah. Program tersebut merupakan program kemasyarakatan anjuran UNISEL dengan kerjasama Institut Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGK Tawau).

Turut hadir pada program tersebut adalah Dr. Najamuddin Bachora yang merupakan Timbalan Pengarah IPGK Tawau. Beliau juga sempat ditemuramah semasa program berlangsung berasa kagum dengan kerjasama yang terjalin di antara IPGK Tawau dengan UNISEL dan berhasrat agar dapat bekerjasama lagi kelak.

Program seperti ini sangat bermanfaat yang baik dalam usaha membentuk sahsiah diri bukan sahaja kepada guru pelatih malahan juga masyarakat setempat. Saya juga amat menyokong usaha sebahagian kakitangan akademik untuk meneruskan pengajian ke peringkat pascasiswazah di UNISEL kerana saya percaya kursus yang ditawarkan telah berjaya melahirkan graduan yang mantap dari segi pengurusan pendidikan,” ujar beliau lagi.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online