Satu program kemasyarakatan anjuran Universiti Selangor (UNISEL) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGK Tawau) telah berlangsung hari ini di Masjid Baburrahmah Kampung Sri Bombalai, Sungai Imam Tawau.

Apa yang lebih menarik, projek ini diketuai oleh Puan Sarimah Julpin selaku penasihat program yang juga merupakan pelajar pascasiswah UNISEL dalam bidang Pendidikan. Seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada guru pelatih IPGK Tawau dan penduduk kampung telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan seperti gotong royong membersihkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan. Selain itu, turut diadakan aktiviti menulis khat asma'ul husna didalam masjid oleh pelajar IPGK Tawau. Turut mengambil bahagian adalah Jabatan Perpaduan Tawau yang menyediakan ujian saringan kesihatan.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk rasa kasih sayang terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang peranan masjid sebagai institusi penting dalam memenuhi tuntutan kehidupan sosial. Pada masa yang sama, program ini juga dapat menyemai semangat ukhuwah dengan masyarakat setempat.

Sejarah penubuhan masjid ini pada asalnya adalah sebuah surau telah dibina lebih 50 tahun dan selepas itu dinaiktaraf menjadi masjid pada 13 tahun lepas. Tahun ini IPGK Tawau telah menjadikan masjid ini sebagai anak angkat demi meneruskan usaha murni untuk memeriahkan masjid ini.

Program ini akan dirasmikan oleh Dr. Najamuddin bin Bachora, Timbalan Pengarah IPGK Tawau. Turut hadir pada program ini adalah wakil daripada UNISEL, pensyarah- pensyarah IPGK Tawau dan penduduk kampung Sri Bombalai. Semoga program kemasyarakatan ini akan berterusan dalam usaha memupuk perpaduan serta kerjasama dikalangan masyarakat setempat. UNISEL selaku institusi pegajian tinggi akan terus menyokong usaha-usaha pembangunan generasi dan pembangunan sosial khususnya di Malaysia.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online