Sepasukan pensyarah dan pelajar Universiti Selangor (UNISEL) semalam telah mengharumkan nama universiti dengan memenangi pingat emas dalam pertandingan bertaraf antarabangsa di Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2017) yang telah berlangsung di di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.

Program yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri, Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) itu menerima jumlah penyertaan seramai 735 peserta. Apa yang lebih membanggakan, kumpulan penyelidik dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran dan Pusat Pembangunan Pengajian Asasi UNISEL yang diketuai oleh Puan Nahdatul Akma Ahmad telah berjaya merangkul pingat emas menerusi persembahkan hasil penyelidikan yang bertajuk “MyParcel: A Web-Based and Mobile Application System for Parcel Acceptance and Delivery”.

Projek penyelidikan ini telah mendapat pembiayaan daripada Geran Penyelidikan Bestari UNISEL 2017, yang mana pembangunan sistem dan aplikasi mudah alih MyParcel dibangunkan khusus bagi membantu melancarkan proses pengurusan bungkusan pos pelajar dan staf di Pejabat Kediaman Kolej, UNISEL Bestari Jaya. Sistem dan aplikasi yang dibangunkan ini telah siap sepenuhnya dan akan digunapakai di UNISEL Kampus Bestari Jaya tidak lama lagi. Semoga lebih banyak lagi projek penyelidikan UNISEL dapat diketengahkan di masa hadapan. Tahniah diucapkan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online