Agenda pembangunan lestari seperti yang termaktub dalam UNESCO TVET Strategi 2016-2021 telah menekankan aspek jangka masa panjang dan holistik dalam merangka dasar pembangunan yang menekankan kekuatan ekonomi, keseimbangan aspek integrasi sosial, ekonomi dan matlamat alam sekitar.

"Selaras dengan visi dan misi, Universiti Selangor (UNISEL) bertanggungjawab dalam menyediakan platform untuk melahirkan mahasiswa yang professional, berkualiti dari segi pencapaian akademik yang mempunyai kemahiran insaniah serta tinggi nilai moral," ucap Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor UNISEL sempena Seminar TVET 'Reform and Innovation for Sustainable Development'.

Seminar yang diadakan di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur ini adalah untuk mencapai beberapa matlamat termasuklah penghasilan "Blueprint TVET" dalam usaha memenuhi Agenda Pembangunan Lestari Negeri Selangor. Transformasi sistem TVET ini juga dilihat mampu menghasilkan peneraju dalam sektor pendidikan termasuklah penghasilah graduan berkemahiran tinggi bagi memenuhi anjakan kerjaya pada masa hadapan.

Hadir sama pada seminar tersebut adalah Tuan Haji Abbas Awang, Setiausaha Kanan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor, Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, Timbalan Naib Canselor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Seminar TVET, pengurusan tertinggi UNISEL, wakil daripada industri serta pensyarah UNISEL.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online