Enam orang pensyarah termasuk dua orang pelajar pelajar pascasiswazah Universiti Selangor (UNISEL) telah mengikuti Ekspedisi Hutan Royal Belum yang telah berlangsung selama tiga hari bermula 25 sehingga 27 September 2017. Menurut Prof. Dr. Mohd Kushairi bin Mohd Rajuddin selaku ketua ekspedisi, tujuan utama eskpedisi tersebut adalah untuk mengambil sampel tanah bagi tujuan analisis kimia dan mengkaji potensinya sebagai bahan tambahan dalam formulasi media mikroalge. Tujuan keduanya adalah mencari mikroorganisma baharu yang mungkin terdapat di dalam sampel tanah bagi kajian mikrobiome dan potensinya dalam bidang farmasuetikal dan nutraseutikal.

Projek ini merupakan projek penyelidikan antarabangsa yang melibatkan kerjasama beberapa IPTA dan beberapa universiti di Jepun di bawah projek COSMOS-SATREPS. Dana yang telah diterima ini digunakan oleh institusi terlibat untuk membuat penyelidikan masing-masing di bidang tertentu. Hasil penyelidikan untuk manfaat kepada masyarakat tempatan dan juga global.

Hutan Royal Belum merupakan hutan tropika tertua di dunia dan dianggarkan berusia melebihi 130 juta tahun. Oleh itu, kita ingin mengkaji sampel tanahnya yang masih belum atau kurang penyelidikan dijalankan di Malaysia. Di sini kita akan mengambil sampel tanah di beberapa kawasan sekitar Hutan Hukan Royal Belum dan sampel tersebut dibawa pulang ke makmal LAMBO-UNISEL untuk dikaji,” menurut Prof. Dr. Mohd Kushairi bin Mohd Rajuddin lagi.

Projek di Hutan Royal Belum ini merupakan projek pertama dan kesemua yang terlibat merupakan pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat serta pelajar pascasiswazah yang mengambil kursus Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains. Apa yang lebih menarik, kesemua pensyarah yang terlibat merupakan pensyarah muda universiti.

Ditanya mengenai pembabitan pensyarah muda dan juga pelajar dalam projek ini, beliau berpendapat saintis muda harus diberi peluang untuk bersama menyertai program penyelidikan agar mereka dapat menimba pengalaman selain legasi penyelidikan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online