"Penawaran Skim Dermasiswa adalah sebab utama mengapa saya memilih UNISEL", ujar Najmuddin Alias yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Menurut Najmuddin yang mendapat 9A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau memilih UNISEL kerana tertarik dengan program yang ditawarkan.

Bagi Raja Rajeswari a/p Selvam pula, beliau memilih UNISEL kerana mendapat respon positif daripada kenalan yang pernah melanjutkan pengajian di sini. Raja Rajeswari yang berasal dari Cheras juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2016 dan menyambung pengajian dalam jurusan Tahun Asas Teknologi Maklumat.

Mereka berdua ditemui semasa Majlis Bacaan Ikrar Pelajar Baharu sempena Minggu Tekad Siswa Sesi September 2017 yang telah berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL Kampus Bestari Jaya. Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor serta dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi universiti.

Skim Dermasiswa UNISEL merupakan salah satu inisiatif UNISEL dan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian Tahun Asas di UNISEL. Skim ini menawarkan pengajian percuma bagi program Tahun Asas TESL, Tahun Asas Teknologi Maklumat, Tahun Asas Pengurusan, Tahun Asas Sains.

Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, kemasukan September 2017 akan dilanjutkan sehingga 6 Oktober 2017 nanti. Anda boleh terus datang ke kampus Bestari Jaya atau Shah Alam untuk membuat pendaftaran. Jangan lupa untuk membawa bersama dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online