Walaupun jarak dari Sibu, Sarawak ke Universiti Selangor (UNISEL) agak jauh namun bagi Yong In Chu, demi memenuhi hasrat anaknya untuk menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik, beliau sendiri hadir menemani anaknya pada hari pendaftaran yang berlangsung di UNISEL Kampus Bestari Jaya, hari ini.

"Ini merupakan kali kedua saya datang ke sini, Batang Berjuntai (kini dikenali dengan nama Bestari Jaya). Jika dulu saya datang untuk berjumpa rakan namun kali ini saya ke sini untuk mendaftarkan anak saya, Allistair Yong ke UNISEL. Sebagai bapa, saya mengharapkan yang terbaik daripada Allistair dan juga UNISEL", ujar beliau.

Bagi En. Sachi yang berasal dari Kulim Kedah, beliau pula memilih UNISEL kerana kursus yang ditawarkan di sini bersesuaian dengan industri semasa selain kursus yang ditawarkan kepada anaknya iaitu Kejuruteraan Perisian adalah pilihan anaknya sendiri. En Sachi turut memuji proses perjalanan pendaftaran yang berjalan lancar pada hari ini.

"Pejalanan pendaftaran di UNISEL adalah yang terbaik setakat ini kerana semuanya mengikut aturan. Tahniah UNISEL. Harapan saya agar anak saya dapat belajar bersungguh-sungguh. Sebagai bapa, saya menyokong segala pilihannya dan kerana itu jugalah saya dan keluarga sanggup turun dari Kulim ke Bestari Jaya."

Dalam pada itu, jumlah pendaftaran pelajar antarabangsa pada kemasukan kali ini juga meningkat menyaksikan pendaftaran pelajar dari negara Bangladesh, Somalia, Nigeria, Lesotho, Sudan, Zambia, Indonesia dan Yemen. Apa yang lebih menarik, kebanyakannya memilih jurusan Teknologi dan Kejuruteraan.

Minggu Tekad Siswa iaitu minggu orentasi pelajar juga akan berlangsung mulai 23 September sehingga 26 September 2017. Apa yang menarik, minggu orentasi di UNISEL tidak seperti yang terdapat di IPT lain. Pengisiannya lebih kepada memberi maklumat dan memperkenalkan pelajar kepada suasana universiti.

Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, kemasukan September 2017 akan dilanjutkan sehingga 6 Oktober 2017 nanti. Anda boleh terus datang ke kampus Bestari Jaya atau Shah Alam untuk membuat pendaftaran. Jangan lupa untuk membawa bersama dokumen-dokumen berkaitan bagi memudahkan urusan pendaftaran. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online