Pelan pengurusan strategik yang baik merupakan salah satu strategi yang telah digunapakai oleh beberapa agensi di Negeri Selangor dalam memacu tranformasi eskonomi serta pengurusan organisasi. Ini dapat dilihat di beberapa agensi seperti UPEN, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Invest Selangor dan juga Universiti Selangor (UNISEL).

Sempena Majlis Syarahan Umum Darul Ehsan Universiti Selangor 2017, Prof. Dr. Mohd Faiz Abdullah, Dekan Selangor Business School telah berkongsi hasil kajian yang menyaksikan proses perubahan di negeri Selangor berkembang pesat dengan peningkatan saban tahun dari segi pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Sejajar dengan pembangunan pesat Negeri Selangor, UNISEL terus bergerak seiring dengan pelbagai proses transformasi antaranya rasionalisasi fakulti dan proses penjimatan yang mana telah berhasil menstabilkan kedudukan kewangan universiti disamping pelbagai program yang membentuk sahsiah kakitangan.

Majlis yang berlangsung di Auditorium Dato' Seri Harun Idris, Bangunan Baharu PKNS itu dihadiri oleh Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Dato' Menteri Besar Selangor dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL. Turut hadir Y.B Dato' Noordin bin Sulaiman, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Pengurusan Tertinggi UNISEL, kakitangan Universiti, wakil daripada Menteri Besar Incorporated serta rakan-rakan media.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online