SHAH ALAM –  Universiti Industri Selangor (UNISEL) sekali lagi muncul sebagai juara dalam pertandingan mencipta dan berlumba kereta antara universiti tahun ini. Pertandingan Educational  Innovation Of Motorsports & Automotive Race 2010 (EIMARace 2010) dianjurkan oleh Pertubuhan Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (MESA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Motorsport Association on Malaysia (MAM).

UNISEL telah mengalahkan 22 pasukan lain yang terdiri dari IPTA dan IPTS. Ketua Team UNISEL, Khairul Fadhli bin Mohd Diah (“Kapten Khairul”) berpendapat kemenangan ini adalah hasil dari komitmen dan dedikasi semua ahli kumpulan yang bertungkus lumus mereka-bentuk dan menyiapkan kereta lumba UNISEL V-2 menggunakan enjin Modenas GT 128cc dalam jangka masa yang singkat.

Format pertandingan kali ini dibahagikan kepada 2 iaitu Static Events dan Dynamic Events . Di bawah Static Events pasukan dikehendaki membuat Presentation dimana mereka membentangkan analisis penciptaan jentera. Penilaian akan di buat berdasarkan pemahaman terhadap jentera ciptaan mereka. Kemudian mereka menjalani ujianTechnical Inspection & Scrutineering untuk dinilai keupayaan jentera dan tahap modifikasi enjin. Di dalam format Dynamic Events pula terdapat 3 ketetapan yang perlu dipenuhi iaitu Brake Test, Maneouver Test (ujian ketangkasan)  dan Endurance Race.

Acara perlumbaan telah berlangsung di Litar Dato’ Sagor, Perak pada 23 dan 24 Julai yang lalu. Kereta ciptaan UNISEL, UNISEL V-2 di pandu Izwan Merican Ibrahim Merican mencatat markah penuh dalam perlumbaan Endurance dengan mencatat masa 28 minit ... saat untuk menghabiskan 30 pusingan. Kemenangan di litar perlumbaan ini juga membolehkan UNISEL menggondol Piala Pusingan Dato’ Seri Dr Zamry bin Abd. Kadir sebagai Juara Keseluruhan .

Di samping menjadi Juara Keseluruhan, UNISEL telah juga memenangi 2 kategori lain iaitu “Masa Terpantas” dan “Endurance”. Pasukan UNISEL terdiri dari 12 orang pelajar dan 12 orang kakitangan (pensyarah/teknikal). Khairul Fadhli melahirkan syukur kepada Allah atas kejayaan ini. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada penasihat Projek UNISEL V-2, Prof Madya Ir Muhidin bin Arifin, Pengurus Pasukan, Encik Ishak Hashim serta kakitangan lain atas bimbingan dan nasihat mereka.

Fakulti Kejuruteraan merupakan antara fakulti yang terawal penubuhannya di UNISEL dan telah banyak memenangi anugerah inovasi, pertandingan dan sebagainya dalam dan luar negara.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online