“Isu hak asasi manusia bukanlah satu perkara yang baharu di negara kita. Kerjasama yang akan dibina oleh Universiti Selangor (UNISEL) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) adalah bagi membantu kedua-dua belah pihak terutama sekali dari segi penyelidikan serta penganjuran program berkenaan hak asasi manusia,” ujar Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman diantara UNISEL dan SUHAKAM yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Tingkat 5, UNISEL Kampus Shah Alam, hari ini.

“SUHAKAM merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai hak-hak asasi manusia dan melihat kepada kelebihan dan peluang kerjasama ini, UNISEL bercadang untuk memperkenalkan kursus tentang hak asasi manusia sebagai salah satu subjek di dalam sukatan pelajaran yang mana akan memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai kepentingan hak asasi tersebut,” ujar beliau lagi.

Memorandum Persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman yang mewakili UNISEL manakala bagi pihak SUHAKAM pula telah diwakili oleh En. Jerald Joseph, Naib Pengerusi SUHAKAM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi UNISEL serta beberapa kakitangan daripada SUHAKAM.

Bahagian Hal Ehwal Akademik UNISEL menerusi Pusat Pembangunan dan Pengajian Asasi (CDFS) akan mengetuai jalinan kerjasama ini dalam usaha untuk memperkenalkan kursus dan matapelajaran serta beberapa cadangan seperti menubuhkan persatuan yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Diharap kerjasama ini dapat memberi kesan yang positif dan membantu kedua-dua belah pihak untuk memberi pendekatan kepada masyarakat dalam membudayakan kepentingan hak asasi manusia.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online