Sambutan Hari Raya Aidilfitri Universiti Selangor (UNISEL) yang berlangsung pada petang tadi telah mendapat sambutan yang amat meriah dengan kehadiran kakitangan daripada kedua-dua buah kampus, Shah Alam dan Bestari Jaya. Majlis yang berlangsung di Dewan Canselor UNISEL kampus Bestari Jaya itu berlangsung pada jam 2.30 petang selepas selesai solat Jumaat.

Penglibatan hampir kesemua kakitangan Fakulti dan Jabatan dalam penganjuran sambutan pada tahun ini dapat dilihat menerusi kerjasama dalam menghasilkan gerai pameran dengan kreativiti tersendiri. Pelbagai aneka juadah turut tersedia dan antara yang menjadi tumpuan adalah kambing bakar, satay dan kuah kacang, rendang serta macam-macam lagi. Semua kakitangan juga tidak melepaskan peluang untuk memperagakan busana Aidilfitri masing-masing.

"Pada bulan Ramadan yang lepas, kita telah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan. Syukur alhamdulillah, pada hari ini kita diberi peluang untuk meraikan Aidilfitri bersama-sama. Selain meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, majlis ini juga memberi peluang kepada kakitangan UNISEL untuk mengenali serta merapatkan ukhwah antara satu sama lain," ujar Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Di akhir majlis, turut berlangsung adalah penyampaian hadiah bagi lima kategori pertandingan yang telah dipertandingkan sepanjang bulan Syawal ini. Tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd Nor Hafizan dan Saudari Maslisadatulnor kerana berjaya mengungguli kategori pakaian tercantik manakala kategori gerai tercantik pula telah dimenangi oleh Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran. Pemenang bagi kategori hiasan ruang fakulti dan pejabat tercantik pula telah dimenangi oleh Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan pemenang bagi kategori Khas Juri adalah Jabatan Sains Kesihatan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online