SHAH ALAM – Fakulti Pendidikan dan Pengajian Bahasa (FPPB) UNISEL telah menganjurkan Program Dua Hati 2010 (Program Pendidikan Khas) pada 30 Sept 2010, Bertempat di Dewan Institusi Pembangunan Industri Sukan, Kampus Utama UNISEL Bestari Jaya bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga jam 3.00 petang. Seramai 30 orang murid-murid pendidikan khas daripada Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Taman OUG, Klang telah hadir bersama-sama 15 orang guru pengiring dan pembantu sekolah.

Program yang dianjurkan oleh pelajar Diploma Pendidikan (Pengajian Pra-sekolah) Kohort 7 ini bertujuan merasai sendiri bagaimana cara berinteraksi dengan murid pendidikan khas yang betul serta dapat melihat tingkah laku mereka secara dekat dalam merealisasikan teori yang dipelajari dalam kuliah. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas merasai pengalaman berada di Universiti seperti pelajar-pelajar normal yang lain. Menerusi program ini juga pelajar-pelajar pendidikan khas akan dapat berfikir dengan lebih terbuka dalam meningkatkan tahap keyakinan diri, sosial serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka dengan pelajar Universiti.

Aturcara program dimulakan dengan upacara perasmian yang disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Rosti Saruwono, Presiden & Naib Canselor dan selepas itu pelbagai aktiviti telah disediakan antaranya ialah acara mencipta robot saya, bermain ”puzzle blok”, serta siapa saya. Menerusi aktiviti ini, murid-murid pendidikan khas dikehendaki mengerah daya berfikir bersaing sesama mereka dan pelajar-pelajar UNISEL yang telah dibahagikan mengikut kumpulan bagi menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan. Di akhir program murid-murid pendidikan khas ini telah disajikan dengan persembahan penutup oleh pelajar-pelajar UNISEL serta upacara penyampaian cenderahati kepada 15 orang guru pengiring dan pembantu sekolah serta 30 orang murid-murid pendidikan.

Guru Penolong Kanan sekolah tersebut, Cik. Zainorita Binti Zainuri amat berbesar hati dengan jemputan serta layanan yang diberikan. Menurutnya program seperti ini dapat memberi manafaat serta pendedahan yang besar kepada murid-murid pendidikan khas dan program ini perlu diteruskan agar murid-murid tersebut tidak terasa terasing dengan masyarakat. Menurutnya lagi murid-murid pendidikan khas ini memerlukan perhatian serta pendekatan yang berbeza dimana ianya menjadi satu cabaran kepada para pendidikan dalam usaha mendidikan serta membimbing mereka. Justeru itu program yang dijalankan ini adalah satu langkah yang sangat baik kepada bakal pendidik dan murid-murid itu sendiri.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online