Kebolehpasaran graduan merupakan agenda utama Universiti Selangor (UNISEL) dalam mencapai objektif melahirkan pelajar peneraju masa hadapan. Graduan daripada UNISEL secara umum terkenal dengan identitinya yang tersendiri malah mereka dikatakan mampu bersaing dengan graduan dari universiti awam.

Perkara ini turut diakui oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Dato’ Dr Omar Abd Hamid ketika ditemui semasa Majlis Mendatangani Perjanjian Persefahaman diantara pihak UNISEL dan DEMC. Menurut beliau, kebanyakan pelajar UNISEL yang menjalani latihan praktikal di hospital tersebut sangat komited dan bersungguh-sungguh sehingga ada diantara mereka diserap terus bekerja di sana.

"Satu pujian buat UNISEL kerana berjaya melahirkan graduan yang sungguh komited. Terima kasih juga kepada pengurusan tertinggi UNISEL yang hadir pada hari ini. Diharap agar kerjasama di antara UNISEL dan DEMC dapat diteruskan. Saya juga mengalu-alukan kedatangan pelajar UNISEL untuk menjalani latihan praktikal di sini."

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Prof. Dr. Mohd Noor Nawawi, Pendaftar, Haji Shamsul Azhar Mohd Yusoff serta beberapa kakitangan UNISEL.

Kepada pelajar di luar sana yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Julai akan dilanjutkan sehingga 21 Julai 2017. Pelajar yang berminat boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam / Bestari Jaya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online