Pejalanan daripada Ampang ke Bestari Jaya pada pagi ini membuka satu lembaran baharu kepada Nur Syania Mohd Saiful bersama adik kembarnya Nur Syavia Mohd Saiful beserta sepupunya Siti Nur Ain Azira Subki. Ketiga-tiganya hadir pada hari ini dengan satu matlamat yang sama, iaitu untuk mendaftar menjadi sebahagian daripada pelajar Universiti Selangor (UNISEL).

Mereka tiba dalam lingkungan jam 11 pagi bersama ibu bapa masing-masing, mendaftar diri dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Ditanya memgapa mereka memilih UNISEL sebagai pilihan utama, Nur Syania berkata mereka memilih UNISEL kerana yakin dengan segala pengiktirafan yang dimiliki oleh UNISEL.

"Ayah saya mencadangkan kepada kami untuk melanjutkan pengajian di UNISEL kerana yakin akan kemampuan UNISEL terutama sekali dari segi tenaga pengajar, pengiktirafan serta kecemerlangan akademik."

Syania turut menjelaskan sebab utama mengapa mereka bertiga bersetuju memilih UNISEL adalah kerana baginya tiada perbezaan ketara dari segi yuran malahan UNISEL setanding dengan IPTA lain di luar sana.

"Ibu saya merupakan seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta di Kelana Jaya. Walaupun ibu mengajar di situ tetapi ibu lebih yakin dengan kemampuan UNISEL kerana di sini telah lahir ramai graduan yang lebih berkualiti dari segi akademik dan kemahiran insaniah. Oleh itu, kami bertiga bersetuju memilih UNISEL dan yakin kami mampu menjadi pelajar terbaik di sini. InshaAllah."

Justeru itu, buat para pelajar di luar sana yang berminat untuk menyambung pengajian di UNISEL, tarikh pendaftaran pelajar baharu pengambilan Julai akan dilanjutkan bermula 10 Julai sehingga 21 Julai 2017. Pelajar yang berminat boleh datang secara terus ke kampus pengajian Shah Alam / Bestari Jaya. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Pemasaran & Kemasukan di talian 03-55223400 / 012-3401740 / 011-33907681.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online