Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL hari ini telah mengadakan satu pertemuan dengan kesemua kakitangan universiti bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi bertempat di UNISEL Kampus Bestari Jaya.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar semua kakitangan UNISEL untuk terus bergerak dan berdaya saing dalam mencapai kejayaan bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk kejayaan universiti.

"Sambutan Aidilfitri merupakan sambutan kejayaan kepada seluruh umat Islam. Sebulan menyambut kehadiran Ramadan, saya berharap agar kita semua dapat mengambil iktibar dan teruskan berusaha untuk menjadi insan yang dapat memberikan bakti kepada masyarakat, agama dan negara"

Di akhir ucapan, beliau juga telah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji sempena Hari Raya Aidilfitri kepada kesemua warga UNISEL. Diharap dengan pemberian bantuan khas kewangan ini dapat membantu semua warga UNISEL untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online