Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pejabat Komunikasi Korporat dan kerjasama Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama anak- anak Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Ruqaiyah, Kajang.

Seramai 26 orang pelajar yang merupakan anak yatim, golongan asnaf serta pelajar tahfiz telah diraikan dalam majlis tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan doa selamat, majlis berbuka puasa ringan dan solat maghrib berjemaah. Setelah selesai solat maghrib berjemaah, anak-anak Rumah Ruqaiyah telah dihidangkan dengan pelbagai juadah berbuka antaranya laska, spaghetti bolognese, ikan bakar, sup tulang serta pelbagai hidangan pencuci mulut.

Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Ruqaiyah dan ucapan daripada wakil UNISEL iaitu Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL.

Dalam ucapannya, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Ruqaiyah kerana sudi menerima kehadiran pihak UNISEL bagi meraikan anak-anak di pusat jagaan tersebut.

"Ini merupakan salah satu program di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti yang bertujuan untuk mendekatkan lagi UNISEL kepada masyarakat luar dan bersempena bulan Ramadan ini, kita ingin meraikan anak-anak yang kurang berkemampuan agar mereka juga dapat merasai nikmat berpuasa."

Anak-anak yatim serta asnaf itu turut menerima sumbangan duit raya dan juga sedikit cenderahati daripada pihak UNISEL. Sumbangan tersebut telah disampaikan Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin disaksikan oleh Dr. Rahman Quraisy, Pengerusi Pusat Jagaan Anak Yatim/Miskin Ruqaiyah dan Hasril Abu Hassan, Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL. Turut hadir adalah pada majlis tersebut adalah kakitangan daripada Pejabat Komunikasi Korporat UNISEL serta wakil daripada Pejabat Pendaftar dan Pejabat Timbalan Naib Canselor UNISEL.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online