Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Syarahan Profesor yang bertajuk “Maqasid Shariah Dalam Kepelbagaian Etnik: Keperluan Gabungan Ilmu dan Kebijaksanaan” anjuran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dengan kerjasama Pusat Kemerlangan UNISEL.

Program yang berlangsung di Hotel Concorde itu mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran para pensyarah, ahli-ahli akademik dari Institusi Pengajian Tinggi serta delegasi akademik daripada Indonesia.

Syarahan Profesor itu tadi telah disampaikan oleh Prof. Dato' Dr. Noor Inayah Yaakub yang juga merupakan Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UNISEL. Di dalam syarahan tersebut, beliau menekankan aspek maqasid shariah dari segi pentadbiran dan politik. Selain itu, beliau turut menekankan aspek kefahaman maqasid shariah dalam bidang pendidikan serta kepelbagaian kaum di negara ini.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, pengurusan kanan universiti serta dekan-dekan fakulti.

Majlis Pelancaran Akademi Halal Antarabangsa UNISEL juga turut diadakan dan diakhiri dengan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UNISEL dengan Halal International Selangor dan Microsoft Malaysia.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online