Universiti Selangor (UNISEL) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Iftar Jamaie bertempat di Masjid UNISEL Kampus Bestari Jaya. Pelbagai pengisian ilmiah telah diadakan sepanjang majlis berlangsung antaranya tahlil dan doa selamat, alunan bacaan al-Quran oleh pelajar-pelajar Smart Tahfiz UNISEL serta tazkirah ringkas daripada Ustaz Abdul Razak Aripin.

Majlis berbuka puasa diadakan setelah azan Maghrib berkumandang dan para hadirin dijamu dengan menu ringkas iaitu kurma, kuih-muih serta bubur lambuk sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Kemeriahan majlis turut dikongsi bersama anak-anak yatim daripada Kampung Bestari Jaya yang hadir bagi menerima sumbangan daripada pihak UNISEL. Sumbangan kepada anak-anak yatim dan sumbangan zakat kepada staf asnaf telah disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL.

Dalam ucapannya, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman memanjatkan rasa kesyukuran dan gembira dengan komitmen yang telah diberikan oleh kesemua kakitangan yang hadir.

“Majlis iftar ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga UNISEL. Saya berasa amat bersyukur dan gembira sekali apabila kita semua dapat berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai pada hari ini. Saya berharap agar semangat kekeluargaan ini dapat diteruskan lagi untuk setiap program universiti yang akan datang,” ucap beliau.

Selesai majlis penyerahan sumbangan, para hadirin menunaikan solat Isyak dan solat terawikh berjemaah. Majlis yang dihadiri lebih 500 kakitangan UNISEL bersama ahli keluarga masing-masing tersebut berakhir pada jam 10.45 malam.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online