SHAH ALAM – Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UNISEL telah menganjurkan festival filem dan animasi CINEMINI pada 07 Oktober 2010, Bertempat di UNISEL kampus Shah Alam bermula seawal jam 12.00 tengahari sehingga jam 5.00 petang. Festival kali ini yang bertemakan ”Inspirasi Palestin” telah berlangsung dengan pelbagai acara yang berkaitan filem dan animasi termasuk ucapan perasmian oleh Dr. Syed Muhammed Haleem Syed Hassan, wakil daripada Haluan Palestin.

&nbsp

Tayangan filem pendek yang diangkat namanya “CINEMINI” adalah gabungan perkataan ‘cinema’ atau wayang dan ‘mini’ pula bermaksud kecil. CINEMINI atau wayang kecil ini adalah gambaran sifat produksi para mahasiswa/i yang selalunya sinonim dengan karya-karya video berdurasi pendek. Ini bertepatan dengan tujuan sebenar CINEMINI iaitu untuk merayakan hasil ‘karya berproduksi kecil’ hasil kerja tangan mahasiswa/i FSSR UNISEL disamping mewujudkan pertalian di antara industri dan akademik bagi memajukan lagi industri kreatif tempatan.

Tema CINEMINI kali ini lebih bersifat intelektual dan prihatin bersesuaian dengan mentaliti mahasiswa/i UNISEL. “Inspirasi Palestin” secara tidak langsung memberi pengajaran kepada mahasisiwa/i merasai keperitan yang dilalui rakyat Palestin sekaligus menanam sifat bersyukur dalam diri atas segala keamanan yang di kecapi selama ini di Malaysia. Landasan ini juga memberi peluang mahasiswa/i meluahkan perasaan dan pemikiran mereka secara matang dan professional.

Festival bermula dengan tayangan hasil karya filem dan animasi yang dihasilkan lebih kurang 40 orang pelajar Seni Reka Grafik dan Fotografi FSSR UNISEL yang telah dipecahkan kepada 9 kumpulan. Hasil karya yang ditayangkan bertajuk Save Gaza (animasi), Rebung (Dokumentari), Radio (filem pendek), The Ant (animasi), Peace (muzik video), Pagar (filem pendek), Harapan (TV komersial), Warung (filem pendek) serta Durian (filem pendek). Acara diteruskan lagi dengan sesi bual bicara yang menampilkan golongan professional dari industri filem dan juga wakil pihak akademik bagi membincangkan kemelut isu Palestin, antaranya ialah Dr. Mohd Tahir, Pyan Habib, Farhan AF, serta kumpulan Bloom 50 (Indie band).

Tayangan festival filem CINEMINI kali ke-3 ini bertujuan untuk meneruskan kejayaan festival yang terdahulu setelah melihat sambutan yang diberikan penonton kepada CINEMINI adalah sangat membanggakan dengan dewan padat dipenuhi mahasiswa/i FSSR dan ditambah pula dengan sokongan padu oleh pengkarya professional daripada industri antaranya Senator Tan Sri Dr. Haji Jins Samsuddin, Dato’ Siti Nurhaliza, Datuk Yusuf Haslam, Datin Paduka Suhaimi Baba, Abu Bakar Omar, Kumpulan Hujan, Rini AF, Balan Kashmir, En Ali Mohamad (Leo Burnet), En. Adman Salleh (Pengarah filem dan pensyarah) serta En. Hassan Mutalib (Pengarah, pengkritik dan pensyarah).

UNISEL, dalam pada masa yang sama mensasarkan dalam jangka masa 10 tahun lagi “Cinema kecil” ini akan bakal di akui dan di junjung ke taraf tertinggi sebagai sebuah festival terunggul mahasiswa/i Seni Filem dan Animasi di Asia. Diharap dengan penganjuran Festival seperti ini, akan dapat memberi pendedahan dan pengalaman sekaligus memupuk sifat profesionalisme di kalangan para pelajar UNISEL dalam menghasilkan karya filem, video dan animasi.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online