Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) di antara Universiti Selangor (UNISEL) dengan Neraca Niaga Sdn. Bhd (NNSB) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Senat, Tingkat 5, UNISEL Kampus Shah Alam semalam.

Majlis tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dan En. Mohd Fariz M. Jaafar, Pengarah Pusat Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CICT) yang mewakili UNISEL manakala bagi pihak Neraca Niaga pula diwakili oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Nor Husain, Pengerusi NNSB dan Encik Mohd Isa Mohd Dom, Pengarah NNSB.

Memorandum persefahaman itu merupakan perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dalam usaha meningkatkan lagi pembangunan sistem teknologi maklumat di UNISEL.

"Melihat kepada perkembangan dunia telekomunikasi dan pendidikan pada masa kini, UNISEL memikul sandaran untuk menerajui transformasi pendidikan di Malaysia. Justeru itu dengan adanya memorandum perjanjian ini, aspirasi UNISEL mampu dipenuhi dan kepercayaan ini bakal digalas oleh NNSB untuk memberikan yang terbaik buat UNISEL," ujar Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan tertinggi UNISEL, kakitangan Pusat Komunikasi dan Teknologi Maklumat serta beberapa wakil daripada pihak NNSB. Neraca Niaga Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut menyediakan perkhidmatan keperluan pengurusan serta beberapa servis lain.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online