Pada 26 Mei yang lalu telah berlangsungnya Program Ceramah Agama Bulanan yang bertajuk ‘Ibadah dan Kebajikan Sepanjang Ramadhan’. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Pusat Islam Universiti Selangor yang baharu iaitu Ustaz Dr. Ahmad Zaki Bin Hj. Abdul Latiff.

Di dalam ceramahnya, beliau menekankan aspek persediaan menjelang bulan Ramadan serta perkongsian amalan dan ibadah yang boleh dilakukan bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Turut ditekankan dalam ceramah tersebut adalah kelebihan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan yang lain.

"Bulan Ramadan bakal menziarahi kita dan salah satu cara untuk meningkatkan pahala adalah dengan mendidik keluarga untuk berpuasa dengan sempurna. Kalau boleh, biarlah bulan Ramadan ini menjadi titik transformasi diri kita ke arah kebaikan dan diteruskan sampai bila-bila,” ucap beliau.

“Tambahan lagi, bulan Ramadan turut dikenali dengan bulan yang penuh syafaat. Bulan Ramadan kita dihadiahkan dengan Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Maka dengan itu, ikhlaskanlah diri dalam beribadat dan kejarlah sebanyak mungkin pahala sepanjang bulan yang penuh barakah ini. Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam buktikan kejujuran kepada Allah SWT.”

Program ceramah tersebut telah berlangsung di kedua-buah kampus, Bestari Jaya pada sebelah pagi, Shah Alam pada sebelah petang dan dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL serta pengurusan universiti. Turut hadir adalah kakitangan universiti termasuk pensyarah dan pentadbiran. Tetamu yang hadir turut diberikan sekotak kurma sumbangan ikhlas daripada pihak Universiti Selangor.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online