"Perpustakaan merupakan nadi bagi sesebuah universiti. Oleh itu dengan beroperasinya chiller baharu di Perpustakaan Kampus Bestari Jaya diharap mampu memberi sumbangan besar bukan sahaja kepada pelajar, malah kepada masyarakat setempat," Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor berucap sempena Majlis Perasmian Pengoperasian Chiller Perpustakaan Kampus Bestari Jaya hari ini.

Turut ditekankan dalam ucapan beliau adalah aspek penjimatan dalam penggunaan pendingin hawa selain aspek tanggungjawab dalam kalangan warga universiti untuk memastikan setiap kemudahan yang disediakan dapat digunakan dalam tempoh yang lama.

Projek pemasangan chiller baharu itu merupakan salah satu inisiatif daripada pihak Universiti Selangor (UNISEL) dalam menyediakan kemudahan dan fasiliti terbaik kepada para pelajar. Beliau turut mengutarakan beberapa cadangan bagi menambah baik infrastruktur dan pengisian perpustakaan antaranya galeri bagi mereka yang ingin menyumbangkan buku-buku terpakai serta auditorium.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah UNISEL. Beliau turut sama berkesempatan melawat kawasan tapak pemasangan chiller baharu tersebut. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengurusan universiti, dekan-dekan, kontraktor serta kakitangan universiti.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online