Pameran Seni Visual (VEX17) sekali lagi mendapat perhatian penggiat industri seni tanah air. Jika tahun sebelumnya, pameran ini diadakan hanya di kampus Universiti Selangor (UNISEL) sahaja tetapi atas sambutan baik yang diterima, penganjuran kali ini diadakan di luar kampus bagi memberi peluang kepada penggiat industri menilai sendiri hasil kerja mahasiswa.

Bertempat di Aeon Piazza Shah Alam, karya pelajar seni UNISEL telah dipentaskan di ruang legar pusat beli-belah tersebut menyaksikan sambutan hampir ratusan pengunjung yang hadir. Pameran yang diadakan dua kali setahun ini merupakan satu platform penting bagi pelajar jurusan seni grafik dan fotografi untuk mengetengahkan idea dan bakat masing-masing.

Hadir merasmikan pameran VEX 2017 adalah Datuk Mahfar Ali yang juga merupakan Pengarang Kumpulan Berita Harian. Kehadiran beliau sebagai penggiat industri merupakan satu suntikan semangat bukan sahaja buat pensyarah malah pelajar terutamanya dalam memacu industri seni negara.

Di dalam ucapannya, beliau menyokong penuh usaha yang dibawakan oleh fakulti untuk memberi peluang kepada industri untuk menilai hasil kerja pelajar. Beliau turut menegaskan, amat penting bagi universiti untuk mendedahkan kebolehpasaran mahasiswa agar peluang mereka cerah dan ini suatu tindakan yang bagus kepada peningkatan kerjaya mereka.

"Syabas dan tahniah kepada UNISEL kerana masih mendukung penuh aktiviti seni di negara kita. Pameran ini merupakan satu titik yang untuk mengeratkan lagi hubungan universiti khususnya mahasiswa dengan industri luar," ujar beliau lagi.

Turut hadir memberi sokongan adalah Prof. Dr. Mokhtar Abdullah, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, para pensyarah serta mahasiswa daripada Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran. Pameran ini berlangsung selama enam hari bermula 9 Mei sehingga 14 Mei 2017 di Aeon Piazza Shah Alam.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online