Kehadiran Man Raja Lawak sekali lagi menceriakan suasana program wacana Santai@UNISEL Siri 3 yang mana pada kali ini berlangsung di Aeon Mall Shah Alam. Jika sebelum ini beliau dijemput untuk menjadi panel namun bagi siri kali ini, beliau tampil sebagai moderator program yang mana telah menjadi tarikan utama pengunjung yang hadir sempena program Made in Selangor.

Dengan tajuk "UNISEL Terlajak Ilmu", antara panel yang hadir bagi berkongsi ilmu serta pandangan mereka adalah Heliza Helmi yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia dan adiknya Hazwani Helmi serta penampilah khas daripada pihak UNISEL sendiri iaitu En. Azman Kamal yang juga merupakan Pengarah Pemasaran dan Kemasukan UNISEL.

Program yang berlangsung selama satu jam itu merangkumi pelbagai diskusi ilmiah berkaitan dengan kepentingan ilmu dan kelebihan-kelebihan yang ditawarkan di Universiti Selangor sebagai sebuah institusi pengajian yang menawarkan pengajian di semua peringkat termasuklah pengajian Tahun Asas, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Sebagai seorang penyanyi dan pelakon, Heliza Helmi berpendapat ilmu itu harus dicari dan dituntut. Beliau yang pengalaman menjadi seorang guru, hari ini turut berkongsi pengalaman beliau yang pernah melawat negara-negara bergolak antaranya Palestin dan Syria dan pada pandangan beliau semakin luas perjalanan seseorang itu, semakin luas juga bidang ilmu yang dapat dikuasai.

Turut hadir pada program Santai@UNISEL Siri 3 ini adalah YBhg. Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dato Dr. Mohammad Redzuan Othman. Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Presiden dan Naib Canselor UNISEL yg sudi hadir memberikan sokongan pada setiap Siri Santai@UNISEL yang telah diadakan. Kepada anda diluar sana, jangan lupa untuk hadir ke Santai@UNISEL Siri ke 4 yang bakal berlangsung sempena Hari Terbuka UNISEL 2017 nanti. Jumpa anda di sana.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online