"UNISEL mengambil langkah berani dengan menggabungkan tiga fakulti iaitu Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Komunikasi dan Media serta Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat supaya mampu melahirkan pelajar yang mampu bergerak jauh ke hadapan," jelas Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor Universiti Selangor (UNISEL).

"Sejajar dengan perkembangan teknologi, penggabungan tiga disiplin utama ini dapat mempersiapkan graduan kepada industri dan memastikan graduan yang dihasilkan terus relevan dengan perkembangan industri global"

Presiden dan Naib Canselor berucap sempena program Festival CINEMINI anjuran Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran. Festival tersebut telah berlansung di Balai Seni Visual Negara menyaksikan kehadiran lebih 300 orang peserta termasuklah pelajar.

Festival CINEMINI pertama kalinya diperkenalkan ialah pada November 2009 yang pada asalnya hanyalah sebuah penayangan karya video dan animasi namun telah diangkat menjadi sebuah majlis anugerah yang diadakan sebagai acara tahunan untuk memilih karya-karya terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar. Mengangkat tema "Konspirasi", pada tahun ini sebanyak 36 karya pelajar yang dipertandingkan menerusi 12 kategori.

Hadir merasmikan program adalah Datuk Prof. Dato' Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa, Pengarah Balai Seni Visual Negara. Turut hadir Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim, Dekan Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, pensyarah serta pelajar-pelajar daripada Jabatan Seni Visual UNISEL.

Turut berlangsung adalah Forum Bual Bicara bersama karyawan seni sebagai panel iaitu Dr. Mahadi Jit Murad, Ayie Ibrahim, Syed Zul Tojo dan Mazlan Ismail sebagai moderator serta Tayangan Filem Hijabstar Vallet yang berlangsung di Auditorium Balai Seni Visual Negara.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online