Pada 18 April 2017, bertempat di Majlis Sukan Negara telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program ‘One State One University One Centre’ diantara Majlis Sukan Negara Malaysia dengan Universiti Selangor (UNISEL) dan Majlis Sukan Negeri Selangor.

Jalinan kerjasama ini adalah bagi membuka ruang kepada UNISEL untuk melahirkan atlet cemerlang demi kemajuan sukan negara. Program ‘One State One University One Centre’ ini bertujuan untuk memastikan atlet-atlet lepasan sekolah dapat meneruskan pengajian mereka di peringkat lebih tinggi di UNISEL dengan bantuan serta sokongan daripada Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Sukan Negeri.

Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor dalam ucapannya berkata, dengan adanya program kerjasama ini, ia membolehkan para atlet untuk terus tinggal di negeri ini. Mereka akan mendapat pendidikan tinggi di UNISEL seteru dengan hasrat UNISEL untuk menjadi kilang kepada atlet-atlet cemerlang yang bakal bersaing bukan sahaja di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) malahan juga di peringkat antarabangsa.

“Pada hari ini saya melihat satu ruang yang baru bagi mereka yang berminat dalam bidang sukan dan dengan adanya peluang ini para atlet dapat melanjutkan pengajian di peringkat universiti dengan jadual latihan sukan yang lebih terancang,” ujar beliau lagi.

Sesi menandatangani MoU itu telah berlangsung di Bilik Merpati, Casa 1, Majlis Sukan Negara. Turut hadir bagi menyempurnakan majlis adalah Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara dan Mohd Zubir Idrus, Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online