Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi & Inovasi Selangor, Persatuan TASKA Negeri Selangor dan GPS BESTARI Karangkraf telah menganjurkan Forum Disiplin Dalam Dunia Pendidikan bertempat di Dewan Jubli Perak SUK Negeri Selangor.

Dengan tajuk “Hak dan Disiplin Pendidik dan Ibubapa Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak”, ratusan peserta hadir memeriahkan forum yang rata-ratanya merupakan pengusaha-pengusaha taska seluruh negeri Selangor dan juga mahasiswa UNISEL. Forum yang dianjur sepenuhnya oleh siswazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan Disiplin) UNISEL ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL.

Antara panel yang hadir adalah Datuk Abdul Jalil Ali yang merupakan Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Pn. Hjh. Mahanom Hj. Basri, Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Tn. Hj. Rafiai Hj. Hashim, Mantan Pengarah Perpaduan Masyarakat & Integrasi Nasional, Pn. Sunarni Mastury, Ketua Pen. Pengarah Bahagian Kanak-Kanak dan Perintah Khidmat Masyarakat Negeri Selangor dan ASP Nur Syafawati Abu Bakar, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Shah Alam. Turut hadir sebagai moderator program adalah Prof. Madya Dr. Gunasegaran A/L Karuppannan, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah UNISEL dan Tn. Hj. Abas Awang, Setiausaha Kanan EXCO Pendidikan Negeri Selangor.

Forum yang berkonsep perkongsian ilmu dengan seluruh pra sekolah ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan pengurusan yang berdisiplin di sesebuah taska, mengetahui hak pendidik dan ibubapa dalam dunia pendidikan dan menjelaskan peranan pendidik dalam membentuk modal insan.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online