BESTARI JAYA – Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT kerana setelah sebulan umat Islam berpuasa, menahan lapar dan dahaga serta godaan nafsu maka kita telah dikurniakan dengan menyambut hari kemenangan pada satu syawal yang lalu iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, Universiti Industri Selangor (UNISEL) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 21 September 2010 bertempat di Dewan Utama, UNISEL Bestari Jaya bermula jam 12 tengahari sehingga jam 2.30 petang. Ini adalah merupakan acara yang di adakan setiap tahun untuk melahirkan rasa kesyukuran serta berkongsi kegembiraan. Dianggarkan seramai 1100 orang warga UNISEL yang akan menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini termasuk jemputan-jemputan khas.

Acara ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim yang akan hadir menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UNISEL yang merupakan julung-julung kalinya dihadiri oleh Dato’ Menteri Besar Selangor. Selain itu, Majlis juga akan diserikan dengan kehadiran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO), Ahli Lembaga Pengarah PIYSB serta Ketua-ketua jabatan agensi Kerajaan Negeri Selangor termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UNISEL ini juga, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang termasuk penyediaan lebih kurang 15 buah gerai makanan pelbagai juadah dan minuman yang akan diuruskan sendiri oleh warga kerja UNISEL menerusi pelbagai jabatan dan fakulti. Disamping itu, tetamu juga akan dihiburkan oleh persembahan nasyid dan nyanyian oleh warga kerja UNISEL serta pelajar yang turut serta memeriahkan majlis.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online