Sempena Hari Pengenalan Kelab dan Persatuan 6.0 yang telah berlangsung di Dewan Pro-Canselor UNISEL kampus Shah Alam hari ini, Universiti Selangor (UNISEL) berhasrat untuk melahirkan mahasiswa yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malahan juga aktif dan cergas dalam bidang kokurikulum. Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Selangor ini merupakan program tahunan yang sudah memasuki tahun keenam ianya diadakan.

Antara objektif utama Hari Pengenalan Kelab dan Persatuan 6.0 ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kelab-kelab serta persatuan-persatuan yang ada ditawarkan di UNISEL khususnya kepada mahasiswa tahun pertama. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai kelab dan persatuan yang ada di UNISEL di samping menggalakkan mahasiswa untuk bergiat secara aktif di luar bilik kuliah.

Semenjak UNISEL ditubuhkan, jumlah kelab dan persatuan di UNISEL semakin meningkat setiap tahun di kedua-dua buah kampus. Oleh itu, para mahasiswa harus bijak mengambil peluang ini untuk mengetengahkan bakat masing-masing. Antara kelab dan persatuan yang membuka gerai bagi mempromosikan aktiviti mereka pada hari ini adalah Jemaah Seni, Indian Cultural and Language Society, Acounting Club, SDC, Predators Rugby Club, CMC, Taekwando, Bola Jaring dan banyak lagi.

Tuan Haji Amidi Dato’ Abdul Manan selaku perasmi program dalam ucapannya berharap agar semua kelab dan persatuan akan terus aktif dalam usaha mevariasikan aktiviti di UNISEL. Beliau juga berharap agar mahasiswa serta mahasiswi sentiasa aktif dan turun padang menyertai aktiviti kelab dan persatuan yang ada. Aktiviti ini sebenarnya merupakan tunjang dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum.

Rata-rata mahasiswa yang hadir pada hari ini memberikan reaksi positif dan memuji usaha MPP dalam memperkenalkan kelab dan persatuan kepada mahasiswa yang hadir. Selain daripada mendapat penerangan secara spesifik, para mahasiswa juga boleh mendaftarkan diri secara terus di bawah kelab dan persatuan yang dipilih. Program ini berlangsung selama dua hari bermula pada hari ini dan akan berakhir pada hari esok 11 April 2017.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online