Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) 2017 yang telah berlangsung di UNISEL kampus Bestari Jaya selama empat hari bermula 1 hingga 4 April 2017.

Seramai 300 orang peserta antaranya adalah pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM serta STAM telah menyertai program ini yang juga merupakan satu platform latihan daripada PKPIM khas kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia. Program ini juga merupakan program persediaan kepada pelajar sebelum melangkah ke gerbang universiti.

Program yang berlangsung selama empat hari ini meliputi pelbagai aktiviti antaranya adalah pilihanraya kampus, “town hall discussion”, forum Pendidikan Al Hikmah : Kearah Pembebasan Budaya Biskut yang menampilkan Saudara Khairul Anwar Ismail yang merupakan Naib Presiden ABIM sebagai panel serta Siri Dialog: Memberdaya Tekad Transformatif yang menampilkan Saudara Jufitri Joha, Tokoh Belia ASEAN 2014 dan Prof. Madya Dr. Izura Udzir, Naib. Presiden WADAH sebagai panel jemputan.

Pada 4 April 2017, sempena Majlis Istiadat Konvokasi Perkampungan Menara Gading 2017, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL sendiri hadir bagi memberi sokongan kepada program tersebut. Beliau turut menyempurnakan Majlis Graduasi dan Penutupan Perkampungan Menara Gading Kebangsaan (PMGK) 2017.
Dalam ucapannya, beliau berharap agar program ini mampu melahirkan generasi mahasiswa bitara yang produktif, progresif dan dinamik yang boleh menyumbang kepada pembentukan negara bangsa yang maju.

“Dengan bertemakan ‘Tekad Transformatif: Memberdaya Kebitaraan Mahasiswa Mukmin’, UNISEL juga memandang positif usaha PKPIM untuk mengangkat budaya ilmu dan pendidikan di negeri Selangor ini melalui penganjuran program yang mampu memberdayakan potensi bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi, seterusnya melahirkan generasi yang mampu menjadi penerus harapan umat.”

Pemilihan UNISEL sebagai tuan rumah program adalah tepat kerana UNISEL memiliki keunikan tersendiri, merupakan universiti milik kerajaan negeri yang pertama di Malaysia. Pemilihan UNISEL juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai hub pendidikan serantau yang terunggul.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online