Dalam melahirkan pelajar yang mampu berdikari dan unggul dalam bidang keusahawanan, Universiti Selangor (UNISEL) hari ini telah mengadakan Majlis Simbolik Penyerahan Khemah. Penyerahan khemah ini merupakan sumbangan daripada Hijrah Selangor yang menyokong sepenuhnya usaha UNISEL yang ingin memupuk budaya keusahawanan serta berdaya saing dalam kalangan pelajar

YB Dato' Mansor Othman yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif Hijrah Selangor berkata dalam ucapannya, pada mulanya pihak Hijrah Selangor hanya memberikan sebuah khemah kepada pelajar UNISEL. Ini bertujuan untuk menyokong pelajar yang ingin berniaga namun kemudiannya pihak Hijrah Selangor menambah sumbangan khemah kepada 10 buah kerana mendapati jumlah pelajar yang berminat untuk menjadi usahawan semakin meningkat.

Turut hadir memeriahkan majlis simbolik penyerahan khemah adalah Haji Roslim Md Akhir, Ketua Pengurus Operasi Hijrah Selangor, Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, pengurusan tertinggi, dekan-dekan fakulti, pensyarah serta majlis perwakilan pelajar.

Dalam pada itu, turut berlangsung adalah majlis perasmian "Kempen Siswa UNISEL, Siswa Beretika" anjuran Unit Disiplin Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP). Kempen yang diperkenalkan ini merupakan anjakan paradigma untuk membentuk mahasiswa yang beretika dalam membina sekelompok generasi muda yang mampu menerajui Malaysia pada masa akan datang.

Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor, Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti turut menyempurnakan Majlis Watikah Perlantikan Rakan HEP serta simbolik penyerahan kain rentang kempen kepada kesemua Timbalan Dekan bagi kesemua fakulti dan pusat pengajian.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online