Ratusan warga Universiti Selangor (UNISEL) hari ini membanjiri Kompleks Sukan UNISEL Kampus Bestari Jaya bagi menjayakan Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Antara Fakulti Kali Kedua Universiti Selangor Tahun 2017. Acara yang julung kalinya diadakan ini adalah merupakan anjuran Pusat Sukan, Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti (HEP).

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Amirudin bin Shari, EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri Selangor. Turut hadir pada majlis perasmian tersebut adalah Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof. Dr. Mohd Nor Nawawi, Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor, pengurusan tertinggi, dekan-dekan, pensyarah serta pelajar.

Kejohanan yang diadakan selama tiga minggu berturut-turut ini menyaksikan tiga kategori yang dipertandingkan iaitu kategori dalaman, kayak serta sukan utama. Antara acara yang dipertandingkan seperti Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Jaring, Futsal, Badminton, Ping Pong, Kayak, Dam, Catur dan banyak lagi.

Menurut YB Tuan Amirudin bin Shari dalam ucapan perasmiannya, beliau berasa amat teruja dan bangga melihat semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar UNISEL. Beliau turut memuji semua pengurusan serta pelajar yang terlibat dalam majlis perasmian ini dan menyatakan ini adalah majlis perasmian paling meriah yang pernah dihadiri oleh beliau.

"UNISEL mempunyai tasik yang luas. Saya yakin, dengan kerjasama UNISEL dan Persatuan Kayak Selangor, kita dapat melahirkan atlet kayak yang mampu mengharumkan nama negara. Saya berharap agar UNISEL dapat menjadi salah satu hub bagi pusat pembangunan sukan kayak terkemuka di negeri Selangor."

Meskipun cuaca tidak mengizinkan, namum sambutan meriah dapat dilihat daripada pelajar dan pensyarah dengan kehadiran maskot-maskot yang mewakili setiap fakulti. Tahniah diucapkan kepada Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran kerana telah berjaya mengungguli kategori Perbarisan Terbaik.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online