"Empat kali saya menghadiri ujibakat Raja Lawak. Keempat-empat kali itulah juga saya gagal namun saya tidak pernah patah semangat. Bagi saya, untuk menjadi seorang pelawak juga kita haruslah mempunyai ilmu. Kerana ilmu juga saya berjaya menjuarai program Raja Lawak musim kelima."

Bagi Man Raja Lawak, ilmu adalah sangat luas. Ia meliputi semua aspek termasuklah pendidikan, kerohanian dan ianya tidak terbatas. Bagi beliau, enam tahun berada di dalam industri, selama itulah setiap hari dia harus menuntut ilmu.

"Nak menghiburkan penonton juga perlukan ilmu dan skill. Nasihat saya, penuhilah dada dengan ilmu kerana jika kita tiada ilmu ia bagaikan tiada nyawa. Jangan mudah berputus asa. Bagi saya, kegagalan itu adalah kunci sebenar kepada kejayaan"

Ditanya mengenai skim pendidikan percuma atau Dermasiswa yg diperkenalkan oleh Universiti Selangor (UNISEL) , Man Raja Lawak memuji UNISEL dalam membantu masyarakat terutamanya anak muda untuk menimba ilmu. Baginya ini merupakan satu inisiatif yang bagus dalam membantu masyarakat memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang sangat tidak menentu.

Ini turut dipersetujui oleh bekas ratu cantik Malaysia, Dr Soo Wincci. Beliau yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah juga percaya pembelajaran bukan hanya tertumpu kepada satu cabang sahaja tetapi ianya haruslah pelbagai. Beliau yang mempunyai kelulusan dalam undang-undang, kejuruteraan kimia, perniagaan dan branding mengatakan pernah gagal banyak kali dalam hidup tetapi beliau tidak mengalah bahkan terus berusaha.

"Pembelajaran bukan suatu pertandingan untuk mengejar siapa lebih hebat, tetapi pelajaran adalah untuk kita mencari siapa diri kita. Ilmu juga harus disumbangkan kepada orang lain juga supaya semua orang dapat tahu sesuatu perkara. Saya menggalakkan kepada semua orang untuk terus belajar tidak kira di peringkat mana anda berada sekalipun."

Kehadiran dua selebriti ini disambut meriah oleh warga Sepang yang hadir pada program bual bicara Santai@UNISEL sempena program Siri Jelajah GEMS 2017 yang diadakan di Tapak Pasar Salak, Sepang. Kedua-duanya hadir sebagai panel bagi berkongsi pendapat mengenai pendidikan serta kepentingan memiliki ilmu. Program ini dikendalikan oleh Dr. Hamdan Dato' Mohd Salleh selaku moderator yang turut memberi penerangan mengenai skim pendidikan percuma (Dermasiswa).

Selaras dengan hasrat UNISEL yang merupakan Peneraju Transformasi pendidikan di negeri Selangor, UNISEL turut membuka booth bagi memberi penerangan kepada warga Sepang mengenai program-program pendidikan yang ditawarkan temasuklah pendidikan di peringkat Tahun Asas, Diploma, Ijazah, Sarjana serta Doktor Falsafah.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online