"Walaupun tidak berjaya mendapat tempat pertama dalam larian, tetapi saya berasa sangat gembira kerana dapat memenangi cabutan bertuah berupa sebuah motosikal. Terima kasih UNISEL"

Itulah luahan kegembiraan Nurin Khairina, pelajar tingkatan 5 daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 10, Kota Damansara yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa sebuah motosikal. Cabutan bertuah tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan sempena program Larian Universiti Selangor 2017 yang diadakan di Tapak Pasar Salak, Sepang.

Bagi Nurin Khairina, hadiah yang ditawarkan iaitu Biasiswa Pengajian di UNISEL merupakan tarikan utama mengapa beliau menyertai program Larian Universiti Selangor 2017.

Menurut Muhammad Shukri Suhaimi pula, juga pelajar daripada SMK Seksyen 10 Kota Damansara, dia dan rakan-rakannya berminat menyertai Larian Universiti Selangor ini juga kerana tertarik dengan hadiah yang ditawarkan.

"Saya diberitahu mengenai Larian Universiti Selangor ini oleh kaunselor sekolah kami yang menggalakan kami menyertainya. Saya amat tertarik untuk menyertai larian ini kerana hadiah yang ditawarkan berupa biasiswa pengajian di UNISEL."

"Saya berharap agar pihak UNISEL dapat meneruskan program larian ini kerana dapat mencergaskan badan, meningkatkan stamina, selain dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan sekolah. Walaupun tidak memenagi larian ini, tetapi pengalaman yang kami perolehi hari ini cukup bermakna. InsyaAllah, jika berkesempatan, kami ingin menyertainya kelak jika diadakan lagi."

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online