Tapak Pasar Pekan Salak, Sepang hari ini dibanjiri dengan ratusan peserta yang menyertai Larian Universiti Selangor 2017. Larian yang pertama kali dianjurkan oleh Universiti Selangor (UNISEL) ini mendapat sambutan yang amat meriah bukan sahaja daripada perserta daripada dalam negara malah turut menerima penyertaan daripada peserta luar negara.

Flag off telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden & Naib Canselor UNISEL. Flag off pertama adalah pada jam 8 pagi bagi kategori 10km manakala bagi kategori 5km pula dilepaskan setengah jam kemudian. Turut hadir memeriahkan program larian adalah pengurusan tertinggi universiti.

Peserta pertama yang tiba ke garisan penamat seterusnya dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama adalah pelari daripada kategori 10km Terbuka Lelaki, Peetha Kiruva. Pemenang bagi kategori 10km Terbuka Wanita pula dimenangi oleh Irene Mugaka. Bagi kategori Veteran Lelaki dimenangi oleh Talha Mohammad Nawi dan bagi kategori Veteran Wanita pula dimenangi oleh Annie Lee Khum Chien.

Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor. Turut hadir YB Puan Lai Nyuk Lan, Ahli Dewan Undangan Negeri Sg Pelek serta Encik Muhammad Hafiz Shaari, wakil daripada Majlis Perbandaran Sepang.

Presiden dan Naib Canselor UNISEL turut menyampaikan sumbangan geran biasiswa pengajian kepada dua buah sekolah iaitu Kolej Vokasional Sepang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 10, Kota Damansara bagi sekolah yang menghantar penyertaan terbanyak. Biasiswa pengajian tersebut ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Media Karangkraf.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online