Universiti Selangor (UNISEL) melalui Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) semalam telah berjaya mengadakan Majlis Perlantikan dan Penghargaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berlangsung di Dewan Canselor, UNISEL kampus Bestari Jaya.

Kehadiran Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman , Presiden dan Naib Canselor diiringi oleh Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti), En. Amidi Abdul Manan, Dekan Hal Ehwal Pelajar serta pengurusan tertinggi universiti disambut meriah oleh kesemua MPP yang bakal menerima watikah pada majlis tersebut.

Dalam ucaptama yang disampaikan oleh Y.Bhg Presiden dan Naib Canselor, beliau mengucapkan ribuan tahniah kepada kesemua pelajar yang telah terpilih sebagai MPP serta syabas kepada kesemua kakitangan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar 2017/2018 bagi kedua-dua buah kampus.

“Penglibatan pelajar dalam persatuan sebenarnya merupakan satu medan kepada para pelajar untuk mengasah bakat kepimpinan masing-masing. Sebagai sebuah IPTS, kita juga membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk berpolitik bagi melatih kepimpinan serta meningkatkan jati diri para pelajar”.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran mantan MPP bagi sesi 2016/2017 yang turut diraikan dalam Majlis Penghargaan MPP sesi 2016/2017. Majlis turut menyaksikan sesi bacaan Ikrar MPP kampus Bestari Jaya yang diketuai oleh Presiden MPP Bestari Jaya, Mohammad Tirmizi Abd Manaf dan Ikrar MPP kampus Shah Alam yang diketuai oleh Presiden MPP Shah Alam, Mohamad Iskandar Zulkarnain Lukman.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online