Pada 1 Mac 2017 merupakan satu tarikh penting apabila Universiti Selangor (UNISEL) telah mengadakan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di kedua-dua buah kampus iaitu Shah Alam dan Bestari Jaya.

Pilihan Raya ini diadakan bertujuan untuk memilih calon terbaik yang bakal menyandang jawatan MPP yang berperanan dalam membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti keperluan serta kebajikan pelajar selain menghidupkan suasana universiti dengan pelbagai agenda serta aktivti untuk pelajar.

Proses pembuangan undi bermula jam 9 pagi sehingga jam 5 petang itu berlangsung di Dewan Pro Canselor bagi kampus Shah Alam manakala beberapa lokasi di sekitar kampus Bestari Jaya antaranya Dewan Naib Canselor, Rotunda Jabatan Kejuruteraan, Rotunda Jabatan Pengkomputeran FPSS serta Rotunda Jabatan Sains & Bioteknologi.

Proses pemilihan pada tahun ini menyaksikan persaingan sengit di antara calon-calon di kedua-dua buah kampus yang turut menyaksikan peningkatan bukan sahaja dari segi bilangan pencalonan bahkan juga peratusan mahasiswa yang turun mengundi.

Rata-rata manifesto yang dikemukakan oleh calon adalah berbentuk penambahbaikan dari segi kemudahan dan infrastruktur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif serta berdaya saing seiring dengan hasrat UNISEL untuk melahirkan masyarakat yang dibentuk dengan kemantapan sahsiah dan intelektual.

Sekalung tahniah diucapkan buat kesemua calon yang berjaya memenangi kerusi umum dan juga kerusi fakulti yang dipertandingkan. Semoga dengan kemenangan ini pelajar dapat berbakti kepada bukan sahaja fakulti dan universiti malah kepada komuniti setempat.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online