Kepentingan adanya Sistem Kawalan Dokumen adalah untuk mengawal proses merekod dokumen dan menyimpan dokumen agar berada dalam keadaan sistematik dan mudah untuk dicapai apabila diperlukan terutama sekali semasa proses akreditasi untuk kegunaan  badan-badan akreditasi seperti  Malaysia Qualification Agency (MQA), Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC) dan Nursing Board.

Menyedari kepentingan tersebut, Pusat Akreditasi dan Jaminan Kualiti Akademik (PAJKA) telah mencadangkan kepada UNISEL untuk menambahbaik sistem dokumentasi yang sedia ada di UNISEL. Lanjutan daripada itu, satu jawatankuasa kerja telah ditubuhkan untuk tujuan tersebut dan mini pelancaran pembangunan sistem kawalan dokumen ini telah berjaya diadakan pada pada 4 Mei 2011, Rabu bersamaan bersamaan 1 Jamadilakhir 1432H, bertempat di LT2, Universiti Selangor Kampus Shah Alam. Majlis mini pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Datuk Dr Rosti Saruwono. Di dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan kepentingan sistem kawalan dokumen yang efektif bukan sahaja diaplikasikan di dalam organisasi tetapi di dalam kehidupan seharian kita. “Kita juga perlu satu sistem kawalan dokumen dalam kehidupan seharian kita juga supaya segala bil-bil dan resit-resit yang ada disimpan dalam keadaan teratur untuk rujukan akan datang.”kata beliau di dalam majlis perasmian yang diadakan.

Datuk Presiden mengucapkan tahniah kepada PAJKA kerana menjayakan program seperti ini bagi proses penambahbaikan sistem merekodkan dokumen-dokumen penting seluruh university. Beliau juga turut berharap agar para Dekan dan semua wakil yang hadir sama-sama bekerjasama dengan Pusat Akreditasi & Jaminan Kualiti Akademik (PAJKA) dalam mencapai objektif pembangunan Sistem Kawalan Dokumen ini agar boleh digunapakai oleh Universiti Selangor. Objektif pertama sistem ini dibangunkan adalah untuk penambahbaikan prosedur penyediaan dan pengubahan dokumen untuk tujuan penyediaan dokumen baru, pengemaskinian dokumen sedia ada dan pengesahan dokumen. Objektif kedua pula ialah penambahbaikan prosedur kawalan dokumen untuk tujuan identifikasi, penyimpanan, keselamatan, capaian, pengekalan dan pemansuhan dokumen. Menurut perancangan PAJKA sistem ini dijangka siap pada hujung tahun 2011 ini.

Wakil-wakil unit,pusat dan fakulti bahagian pentadbiran yang terdiri daripada Penolong Pendaftar, Penyelia dan Pustakawan yang hadir seramai 30 orang . Mereka akan dilantik sebagai ahli jawatankuasa Sistem Kawalan Dokumen yang akan dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Kumpulan 1- Document Control Procedure, kumpulan 2- Document Format dan kumpulan 3-Authorised Personnel. Turut hadir memeriahkan Mini Pelancaran ini ialah para dekan seperti Prof. Dr. Khalifah bin Othman,Prof. Dr. Mujaini bin Tarimin, Prof. Dr. Sulong bin Ahmad Kamaruddin dan Pengarah UNISEL Centre for Teaching & Learning (UCTL) Prof. Madya Elina Choong binti Abdullah serta wakil-wakil dekan yang lain seperti Encik Ibrahim bin Bujal dan Encik Wan Azlan bin Wan Hassan.

Setelah selesai ucapan Presiden,program anjuran PAJKA ini  diteruskan dengan sesi ceramah ringkas oleh Encik Taufik bin Ridzuan dengan membentangkan tajuk “Apakah itu Dokumen?”. Ia bagi menjelaskan lagi kepada wakil-wakil yang hadir berkenaan sistem ini, pelan pelaksanaan, pembahagian dokumen  mengikut kategori dan pengenalan kepada matriks penyelenggaraan dokumen. Program ini selesai dalam jam 12.30 tengahari dan disusuli dengan perjumpaan ketua-ketua jawatankuasa untuk membincangkan perancangan pembangunan sistem.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online