Projek Wakaf Gazebo UNISEL merupakan salah satu projek amal yang dianjurkan oleh Universiti Selangor (UNISEL) menerusi gabungan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran serta Bahagian Jaringan Komuniti (COMNET).

Projek yang memperkenalkan konsep Wakaf ini merupakan satu program tanggungjawab sosial UNISEL yang dapat memberi manfaat kepada pelajar sekolah khususnya yang mana gazebo yang diwakafkan ini dijadikan tempat beristirehat dan mengulangkaji pelajaran.

Projek yang menyasarkan sekolah di sekitar negeri Selangor ini menyaksikan sekolah pertama yang menerima wakaf gazebo tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Bestari Jaya. Pemasangan gazebo telah dilaksanakan pada hari ini oleh kakitangan dan pelajar-pelajar UNISEL.

Selain mengetengahkan kemahiran pembinaan kepada pelajar, program ini turut bertujuan untuk meluaskan konsep wakaf selain memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai UNISEL serta kursus-kursus yang ditawarkan di Universiti Selangor.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online