Buat julung kalinya, Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dengan kerjasama Institut Darul Ehsan (IDE) telah mengadakan satu forum yang bertajuk “Wujudkah Demokrasi Sebenar di Malaysia?” bertempat di I-Zone 1, UNISEL kampus Shah Alam.

Forum tersebut merupakan sebahagian daripada agenda program yang turut menyaksikan perasmian logo Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) Universiti Selangor yang dikelolai oleh En Mohd Ikwaniata Taib selaku Koordinator bagi IESAD.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman Presiden & Naib Canselor, UNISEL dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad EXCO Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor.

Turut berlangsung adalah Penyerahan Laporan Kajian Iklim Politik Pilihan Raya di Sarawak dan Kaitannya dengan Senario Politik di Selangor serta penyerahan Laporan Keperluan Latihan dan Persepsi Politik Guru-Guru Sekolah Rendah Agama di Selangor.

Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan terutama sekali daripada staf dan pelajar. Ruangan I-Zone 1 turut dipenuhi dengan jemputan termasuk rakan-rakan media seperti Sinar Harian, Berita Daily, Malaysiakini , Media Selangor, TV UNISEL serta Institut Darul Ehsan.

Antara barisan panelis yang hadir adalah YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti UNISEL dan Dato’ Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Pengarah Strategik dan Pembangunan Sosial Institut Darul Ehsan. Forum yang bermula pada jam 10.45 pagi itu dikendalikan oleh Dr. Hamdan Dato’ Mohd Salleh, Dekan Pusat Perkembangan Pengajian Asasi UNISEL selaku moderator.

Satu per satu isu berkaitan demokrasi dikupas oleh para panel. Antara topik hangat yang dibincangkan adalah "Demokrasi" sebenar, hala tuju, indeks demokrasi, budaya politik Malaysia dan banyak lagi. Menurut YB Nik Nazmi Nik Ahmad, "Demokrasi bermakna suara majoriti itu dihormati tetapi pada masa yang sama ia memerlukan hak dan kepentingan golongan minoriti juga di hormati, perlu ada keseimbangan supaya demokrasi boleh menjadi sempurna".

Selain isu demokrasi, panel turut mengupas isu kesedaran mengundi dalam kalangan masyarakat, isu ketelusan dalam pilihanraya serta beberapa soalan berkaitan beban PTPTN dan hala tuju PRU14.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online