Seramai 42 orang pelajar terpilih sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL Sesi 2017/2018. Sebanyak 26 orang calon bagi kampus Shah Alam manakala 16 calon pula di kampus Bestari Jaya. Proses penamaan calon berjalan dengan lancar sekali menyaksikan setiap calon yang bertanding membawa 2 wakil sebagai penyokong dan pencadang.

Di Shah Alam, terdapat 13 pencalonan dan hanya 1 pencalonan ditolak untuk kerusi umum manakala kesemua 18 pencalonan untuk kerusi fakulti layak bertanding mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Daripada 18 kerusi fakulti, hanya 1 kerusi yang mewakili Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat diisytiharkan menang tanpa bertanding. Kesemua calon fakulti mewakili 3 fakulti di kampus Shah Alam.

Di kampus Bestari Jaya pula terdapat 7 pencalonan untuk kerusi umum manakala 9 pencalonan bagi kerusi fakulti layak bertanding. 5 kerusi di Fakulti Pendidikan & Sains Sosial dan 2 kerusi di Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat diisytiharkan menang tanpa bertanding. Kesemua calon yang bertanding mewakili 4 fakulti di kampus Bestari Jaya. Namun demikian tiada pelajar Antarabangsa yang menawarkan diri untuk bertanding.

Proses Penamaan Calon, Bantahan, dan Pengumuman Calon Bertanding bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahari bertempat di Dewan Pro-Cancelor bagi kampus Shah Alam manakala di kampus Bestari Jaya pula bertempat di Dewan Canselori.

Kempen Pengenalan Calon akan bermula esok 22 Februari dan tempoh berkempen adalah sehingga 28 Februari. Pemilihan MPP akan dibuat pada 1 Mac depan di mana ia bakal memilih calon yang dapat membantu menjaga kebajikan selain melancarkan segala perjalanan aktiviti di UNISEL. Dalam pada itu, calon-calon dinasihatkan untuk berkempen secara sihat dan tiada sebarang insiden provokasi dicetuskan oleh mana-mana pihak sepanjang tempoh berkempen.

nike tn nike tn pas cher tn pas cher air jordan air jordan pas cher jordan pas cher barbour paris barbour pas cher tiffany outlet tiffany outlet italia hogan outlet hogan outlet online scarpe hogan outlet louboutin pas cher louboutin louboutin soldes canada goose outlet canada goose outlet italia canada goose outlet online